Monday, July 19, 2010

BERLUMBA-LUMBA MEMBUAT KEBAIKAN-SEDEKAH)

Melayari kehidupan para Nabi dan sahabat-sahabat pada zaman dahulu,mereka berlumba-lumba dalam membuat kebaikan disebabkan pegangan yang kuat terhadap penciptanya...ALLAH SWT.



Teringat kembali kisah ketika peristiwa hijrah dari mekah ke madinah,golongan muhajirin hanya membawa keperluan yang dapat dibawa malah terdapat juga yang datang tanpa membawa apa2 bekal pundisebabkan kesulitan masing-masing dan perjalanan yang terlalu jauh.Namun setiba mereka di madinah,golongan an sar menyambut mereka dengan meriah sekali.Yang tiada pakaian diberikan pakaian,yang tiada makanan dijamu dengan makanan malah yang tiada isteri diberikan isteri.Kita hendaklah mengakaui bahawa apa yang ada pada kita milik ALLAH dan pada bila-bila ALLAH akan mengambilnya kembali.Jangan menjadi seorang yang bakhil.

Dalam banyak-banyak golongan ansar,terdapat satu keluarga yang miskin ingin menjamu saudara muhajirin mereka makan dirumahnya,walaupun mereka mengetahui bahawa tidak mempunyai makanan yang cukup untuk mereka sendiri.Jadi anggota keluarga ini merancang strategi supaya tetamu mereka tidak mengetahui kekurangan mereka.Pada malam itu,sesudah tetamu masuk kerumah,makanan dihidang secara sengaja keluarga ini memadamkan lilin dan dan berlakon seolah-olah mereka tidak dapat menyalakan lilin itu .tetamu itu pun makan sedangkan keluarga ini berlakon makan dengan diterangi kegelapan mala.Maka berjayalah mereka mencapai hasrat mereka untuk menjamu tetamunya...

Disini kita boleh lihat kesungguhan mereka untuk membuat kebaikan malah Nabi Muhammad SAW sendiri pun tidak akan membiarkan walaupun sebiji buah kurma untuk bermalam dirumahnya.Mari kita renungkan sebanyak mana kita berbuat kebaikan dan muhasahkan diri.Bersama kita mencari keredhaan ALLAH yang tiada hujungnya...

@dib_@l-isl@m

Saturday, July 17, 2010

menyelami ukhuwah islamiah

"KITA BERTEMU KERANA ALLAH DAN KERANA ALLAH JUGALAH KITA BERPISAH.TIDAK LAIN TIDAK BUKAN ,SEMUANYA KERANA MU YA ALLAH SWT"

Pernahkah kita merasa kemanisan uhkuwah ini....fikir2kan
kita melihat pada masa kini kawan makan kawan banyak berlaku,tapi kawan bantu kawan jarang2 berlaku....mengapa benda ini berlaku...pernahkah kita terfikir

Diera yang boleh dikatakan era mementingkan diri sendiri,EVERYONE BEING SELFISH,mereka hanya memikirkan hal sendiri ada kawan pun sekadar kawan ketika diperlukan.Apabila memerlukan kawan bermacam2 cara dilakukan supaya hasrat dan keinginan yang didasarkan kerana nafsu tercapai.namun apabila habis madu sepah dibuang begitu sahaja...

Adakah ini ukhuwah islam zaman ini....
BAGI YG MENGENALI UKHUWAH ISLAMIAH YG SEBENARNYA...
>mereka boleh menangis kerana sahabatnnya
>mereka gembira bersama
>bersuka bersama2
malahan kemungkinan ukhuwah ini akan membawa mereka ke SYURGA ALLAH

@dib_@l-isl@m....