Mister SORAGERO

sharing everythings that give benefit

Wednesday, February 15, 2017

BAYAN LINNAS SIRI KE-85: PENJELASAN TENTANG VALET DOA

Alhamdulillah, kami merafa’kan setinggi kesyukuran kepada-Nya. Selawat dan salam ke atas Junjungan Nabi SAW begitu juga kepada keluarga, Sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga ke hari akhirat. Kami menerima persoalan berhubung Valet Doa yang sedang tular di media sosial beberapa hari ini. Justeru, kami merasakan isu ini perlu dijawab dengan segera agar ia tidak membarah dan menjadi perkara yang boleh mengundang pelbagai persoalan dan kekeliruan kepada masyarakat. Maka, atas dasar inilah kami namakan Bayan Linnas Siri Ke-85 ini dengan tajuk “Valet Doa: Penjelasannya”. Semoga penjelasan ini memberi kefahaman yang baik kepada kita semua, Amin.
Definisi Valet
Parkir valet adalah khidmat untuk meletakkan kenderaan oleh petugas valet. Pemandu tidak mencari tempat parkir yang kerana ia dilakukan oleh petugas valet parkir. Pemandu kendaraan hanya perlu turun dari mobil di depan lobi sesebuah hotel, pusat beli belah atau sebagainya, dan menyerahkan kenderaan kepada petugas valet.
Definisi Doa
Kami tertarik dengan definisi doa yang dikemukakan oleh Imam al-Khattabi. Antara lain beliau mendefinisikan dengan:
“Doa adalah permohonan untuk pertolongan dan bantuan oleh seorang hamba kepada Tuhannya. Hakikat doa itu adalah menzahirkan kefakiran, kelemahan dan kehinaan diri kepada Allah yang di dalamnya terpateri pengagungan terhadap Allah SWT dan mengiktiraf sifat kemuliaan dan pemurah-Nya.” (Lihay Sya’n al-Dua’, hal. 4)
Beberapa Isu Yang Timbul Dalam Perniagaan Valet Doa
Sebelum menyatakan pandangan kami berhubung isu ini, kami sempat meneliti copywriting yang diletakkan di Facebook Valet_Doa. Kami dapat mengesan beberapa masalah yang timbul pada bentuk perniagaan Valet Doa ini.
Pertama: Etika Pengiklanan Dalam Islam
Kami melihat, individu berkenaan kurang memerhatikan aspek etika pengiklanan dalam Islam. Antaranya:
  • Seni pengiklanan yang berlebih-lebihan.
  • Terdapat beberapa keraguan di dalam perniagaannya iaitu
    • Memberikan jaminan 100% pemakbulan doa, sedangkan ianya tidaklah sesuatu yang pasti dan pemakbulan Allah adalah hak mutlak Allah. 
    • Berhubung ‘servis doa’, barang yang diniagakan dan diupahkan adalah kemakbulan doa sedangkan makbul atau tidaknya doa itu adalah hak Allah secara mutlak serta ianya bersifat tidak jelas kerana kemakbulan adalah mutlak bergantung kepada-Nya. Ia tetap tidak boleh dilakukan sekalipun ada jaminan wang dikembalikan. Ia juga tidak boleh diqiyaskan dengan badal haji kerana bukan haji mabrur yang diupahkan tetapi amalan badal haji itu sendiri yang boleh menerima upah.
    • Servis berkaitan dengan ibadah amat perlu kepada nas kerana asal ibadah itu adalah tawaqquf dan ta’abbudi. Kaedah menyebut الأصل في العبادة التوقف (Asal bagi ibadah adalah terhenti kepada al-Qur'an dan al-Sunnah.)
    • Mengkomersialkan doa dibimbangi termasuk dalam firman Allah SWT:
وَلَا تَشْتَرُوا بِآيَاتِي ثَمَنًا قَلِيلًا وَإِيَّايَ فَاتَّقُونِ
Maksudnya: Jangan kamu menjual ayat-ayat-Ku dengan harga benda yang murah
(Surah al-Baqarah: 41)
Imam Ibn Jarir al-Tabari berkata: “Jangan kamu ambil secara tamak untuk sedikit harta benda sehingga kamu menyembunyikan nama Allah. Maka yang termasuk dalam harga itu adalah ketamakan.” Lihat Tafsir al-Tabari, 1/565.
Al-Alusi berkata: “Jangan kamu tukar iman dengan ayat-ayat-Ku atau ikut untuk mendapatkan habuan dunia yang sedikit lagi binasa dengan ganjaran akhirat.” Lihat Ruh al-Ma’ani, 1/389.

Dr. Wahbah al-Zuhaily: “Jangan kamu jual ayat-ayat Allah yang menunjukkan atas kebenaran Muhammad pada kenabiannya dan dakwahnya dengan sedikit harta benda dunia.” Lihat Tafsir al-Munir 1/150.

Berdasarkan kenyataan di atas, jelas menunjukkan unsur perniagaan serta menjaja dan menggunakan acara ibadah dan doa untuk tujuan perniagaan yang tidak dibenarkan oleh Islam.
Kedua: Hak Mutlak Allah Sebagai al-Mujib
Kami tidak menafikan, terdapat pelbagai hadis berkenaan tempat-tempat makbul di Tanah Haram seperti doa di Multazam dan Hajar al-Aswad. Antara hadis berkenaan kemustajaban doa di Multazam. Daripada ‘Amru bin Syu’aib daripada bapanya, berkata:
طُفْتُ مَعَ عَبْدِ اللَّهِ فَلَمَّا جِئْنَا دُبُرَ الْكَعْبَةِ قُلْتُ: أَلَا تَتَعَوَّذُ؟ قَالَ: «نَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ النَّارِ»، ثُمَّ مَضَى حَتَّى اسْتَلَمَ الْحَجَرَ وَأَقَامَ بَيْنَ الرُّكْنِ وَالْبَابِ، فَوَضَعَ صَدْرَهُ وَوَجْهَهُ وَذِرَاعَيْهِ وَكَفَّيْهِ هَكَذَا وَبَسَطَهُمَا بَسْطًا، ثُمَّ قَالَ: «هَكَذَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَفْعَلُهُ»
Maksudnya: “Aku sedang bertawaf bersama Abdullah (Abdullah bin Umar). Ketika kami berada dibelakang Baitullah, aku bertanya, “Tidakah kamu memohon perlindungan?”Abdullah pun berkata: ‘Kami berlindung kepada Allah dari panasnya siksaan api neraka.” Setelah selesai, Abdullah menyentuh Hajar al-Aswad dan berdiri antaranya dan pintu Ka’bah, lalu merapatkan dada, muka, kedua siku, dan kedua telapak tangan nya dan berkata: “Seperti inilah aku melihat Rasulullah SAW melakukannya.” 
(Riwayat Abu Daud, no. 1899)
Kata Ibn ‘Abbas R.Anhuma:
مَا بَيْنَ الرُّكْنِ وَالْبَابِ يُدْعَى الْمُلْتَزَمَ لَا يَلْزَمُ مَا بَيْنَهُمَا أَحَدٌ يَسْأَلُ اللهَ شَيْئًا إِلَّا أَعْطَاهُ إِيَّاهُ
Maksudnya: “Antara rukun Hajar Aswad dan pintu Ka’bah terdapat Multazam. Tidak seorang pun hamba Allah SWT yang berdoa di tempat ini, kecuali dikabulkan doanya.”
(Riwayat al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman, no. 3769)
Kami tidak nafikan betapa mulianya Mekah terutamanya Masjidil Haram yang terdapat banyak-banyak mulia seperti hadith di atas. Justeru, Rasulullah SAW pernah mengirim doa melalui Saidina Umar ketika beliau mahu menuju ke Mekah. Antaranya sabda Nabi SAW:
أَيْ أُخَيَّ أَشْرِكْنَا فِي دُعَائِكَ وَلَا تَنْسَنَا
Maksudnya: “Hai saudara yang kukasihi, sertakan kami dalam doa kamu dan jangan lupa kami.”
(Riwayat al-Turmuzi, no. 3562) dan beliau berkata, hadis ini hasan sahih.
Untuk mendapat kepastian dan lebih luas lagi pengetahuan berkenaan dengan isu ini, maka sewajarnya kita melihat kitab-kitab berkaitan adab doa dan juga kitab khusus seperti al-Azkar oleh Imam al-Nawawi dan juga al-Idhah fi Manasik al-Hajj wa al-'Umrah oleh Imam al-Nawawi juga yang menyebut tempat-tempat yang mustajab doa. Tetapi, semuanya didoakan dengan penuh keikhlasan daripada seseorang tanpa sebarang bentuk perniagaan doa. Ini kerana, Allah sahaja yang bersifat penerima doa yang yang memakbulkannya.
Benarlah firman Allah SWT:
وَإِلَى ثَمُودَ أَخَاهُمْ صَالِحًا قَالَ يَا قَوْمِ اعْبُدُوا اللَّهَ مَا لَكُمْ مِنْ إِلَهٍ غَيْرُهُ هُوَ أَنْشَأَكُمْ مِنَ الْأَرْضِ وَاسْتَعْمَرَكُمْ فِيهَا فَاسْتَغْفِرُوهُ ثُمَّ تُوبُوا إِلَيْهِ إِنَّ رَبِّي قَرِيبٌ مُجِيبٌ
Maksudnya: “Dan kepada kaum Thamud, kami utuskan saudara mereka: Nabi Soleh. Ia berkata: "Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah! Sebenarnya tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Dia lah yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi, serta menghendaki kamu memakmurkannya. Oleh itu mintalah ampun kepada Allah dari perbuatan syirik, kemudian kembalilah kepadaNya dengan taat dan tauhid. Sesungguhnya Tuhanku sentiasa dekat, lagi sentiasa memperkenankan permohonan hamba-Nya.”(Surah al-A'raf: 73)
Maka, jelas di sini bahawa hak memakbulkan doa itu hanya milik mutlak Allah SWT. Tidak wajar mana-mana individu menjamin doanya akan dimakbulkan Allah SWT dalam keadaan hak tersebut bukan hak dirinya. Apatah lagi jika menetapkan tempoh masa tertentu untuk kemakbulan doa, seolah-olah individu terbabit memaksa Allah SWT untuk mengabulkan doa pada tempoh yang ditetapkan. Sedangkan, tempoh untuk memakbulkan doa terpulang mutlak kepada-Nya tanpa boleh dipaksa mana-mana hamba-Nya.
Perlu kami nyatakan di sini beberapa adab doa untuk panduan bersama. Antaranya:
  • Seseorang yang berdoa itu perlu mentauhidkan Allah dan tidak mempersekutukan-Nya.
  • Ikhlas kepada-Nya dalam doa.
  • Memohon kepada-Nya dengan nama-nama Allah yang mulia.
  • Memuji Allah sebelum berdoa
  • Berselawat ke atas Nabi SAW.
  • Mengadap kiblat.
  • Mengangkat kedua tangan.
  • Yakin kepada Allah akan kemakbulannya.
  • Memperbanyakkan memohon kepada-Nya.
  • Khusyuk dalam berdoa.
  • Mengulang-ulangi permohonan doa.
  • Mengelokkan makanan dan minuman.
  • Merendahkan suara ketika berdoa.
Ketiga: Akhlak Dengan Allah SWT
Oleh kerana acara doa merupakan ibadah yang sewajarnya dilakukan dengan syarat yang benar lagi tepat, maka sewajarnya kita mempunyai akhlak kepada Allah. Antara bentuk akhlak yang sesuai adalah, selayak dan seafdhalnya orang yang mempunyai hajat itu sendiri yang berdoa. Ini berdasarkan kepada perintah Allah dan suruhan-Nya kepada kita.  Mohon pertolongan kepada Allah dapat difahami dengan konsep:
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
Maksudnya: “Hanya kepada Engkau kami beribadah dan hanya kepada Engkau kami minta pertolongan.”
(Surah al-Fatihah: 5)
Ibn Kathir berkata: “Allah memerintahkan kamu supaya mengikhlaskan dalam ibadah dan hanya meminta tolong kepada-Nya dalam urusan kamu.” Lihat Tafsir Ibn Kathir, 1/39.

Dalam kisah Nabi Zakaria yang melihat karamah dan kemuliaan Maryam dengan rezeki yang luarbiasa, maka Allah rakamkan kisah yang menarik ini:
كُلَّمَا دَخَلَ عَلَيْهَا زَكَرِيَّا الْمِحْرَابَ وَجَدَ عِنْدَهَا رِزْقًا قَالَ يَا مَرْيَمُ أَنَّى لَكِ هَذَا قَالَتْ هُوَ مِنْ عِنْدِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَرْزُقُ مَنْ يَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍ. هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُ قَالَ رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ
Maksudnya: “Tiap-tiap kali Nabi Zakaria masuk untuk menemui Maryam di Mihrab, ia dapati rezeki (buah-buahanan yang luar biasa) di sisinya. Nabi Zakaria bertanya:" Wahai Maryam dari mana engkau dapati (buah-buahan) ini?" Maryam menjawab; "Ialah dari Allah, sesungguhnya Allah memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak dikira". Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:" Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.”
(Surah Ali Imran: 37-38)
Ayat ini menunjukkan adab yang diajar kepada kita iaitu apabila berhajatkan sesuatu, masing-masing bertawajjuh, munajat dan berdoa kepada Allah SWT. Itulah petunjuk Ilahi dan itu lebih menampakkan kesungguhan seseorang yang berhajat.
Keempat: Salahfaham Konsep Doa
Dalam al-Qur’an bagaimana Allah mengajar Rasul-Nya SAW yang beliau sendiri tidak mempunyai kuasa untuk memberi manfaat dan mudarat kecuali Allah SWT.
قُلْ لَا أَمْلِكُ لِنَفْسِي نَفْعًا وَلَا ضَرًّا إِلَّا مَا شَاءَ اللَّهُ
Maksudnya: “Katakanlah: "Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah.”
(Surah al-A’raf: 188)
Ayat ini diturunkan kepada Rasulullah SAW dan sangat bertepatan dan kekeliruan yang timbul di sebabkan isu Valet Doa ini. Sekiranya Rasulullah SAW sendiri menafikan dirinya berkuasa untuk mendatangkan mudarat dan manfaat kecuali Allah SWT, bagaimana pula seorang individu lain mampu menjamin kemakbulan doa secara yakin, dengan bersandarkan beberapa buah hadis yang disalahfahami? Justeru, semua doa yang kita pohon kepada-Nya yang memakbulkan hanyalah Dia yakni Allah SWT. Kerana itulah berkali-kali Allah menamakan diri-Nya dengan sami' al-dua' (yang mendengar doa).
Kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan
Setelah kami meneliti isu Valet Doa yang disertakan pula dengan pakej-pakej dengan harga yang berbeza seolah-olah mengikut tahap kemustajaban doa, dengan ini kami berpendapat, ia adalah sama sekali tidak menepati Islam yang sebenarnya, dan tidak mengikut syariat. Ini kerana, tiada dalam sejarah dan juga adab di kalangan salafussoleh berbuat demikian. Hatta bila Nabi SAW mahu menyertakan doa Saidina Umar RA dengannya, tiada sebarang syarat kewangan, upah atau bayaran yang dikenakan oleh Saidina Umar RA. 

Kami juga melihat, penamaan pakej-pakej seperti Pakej Raja Salman dan Pakej VIP adalah sangat tidak berakhlak dan mengelirukan. Sementelahan lagi, ia jelas menunjukkan sifat komersialnya dan manipulasi doa.
Berkenaan dengan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abi Said RA, sabda Rasulullah SAW:
مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَدْعُو بِدَعْوَةٍ لَيْسَ فِيهَا إِثْمٌ وَلَا قَطِيعَةُ رَحِمٍ إِلَّا أَعْطَاهُ اللَّهُ بِهَا إِحْدَى ثَلَاثٍ : إِمَّا أَنْ تُعَجَّلَ لَهُ دَعْوَتُهُ ، وَإِمَّا أَنْ يَدَّخِرَهَا لَهُ فِي الْآخِرَةِ ، وَإِمَّا أَنْ يَصْرِفَ عَنْهُ مِنْ السُّوءِ مِثْلَهَا ، قَالُوا : إِذًا نُكْثِرُ ؟ قَالَ : اللَّهُ أَكْثَرُ
Maksudnya: “Tiada seorang Islam berdoa dengan satu doa yang tiada padanya unsur dosa dan putus silaturrahim kecuali Allah kurniakan kepadanya salah satu daripada tiga iaitu samada disegerakan doanya, ditangguhkannya untuk hari akhirat atau dihilangkan daripadanya kejahatan seumpamanya. Kemudian sahabat berkata: ‘Kalau begitu, kami akan membanyakkannya. Sabda Baginda: ‘Ya, perbanyakkannlah.” 
(Riwayat Ahmad, no. 10749)
Hadis ini menunjukkan bahawa doa yang dipohon oleh seseorang akan diterima, tetapi bentuk penerimaannya itu pelbagai berdasarkan nas di atas. Samada dimakbulkan segera, ditangguhkan ke hari Akhirat atau dihilangkan keburukan seumpamanya. Inilah yang ditafsirkan oleh Ibn Hajar dalam Fath al-Bari (11/95). Justeru, penggunaan kalimah mustajab atau jaminan makbul yang difahami itu akan mengelirukan lebih-lebih lagi jaminan dan had masa tertentu untuk mendapatkannya. Ini menyalahi nas yang sahih lagi jelas.
Kami sarankan anjuran dan perniagaan seperti ini hendaklah DIBATALKAN agar Islam dilihat sebagai agama yang benar-benar mengikut neraca syariatnya dan terhindar daripada fitnah-fitnah dan eksploitasi ibadah. Semoga Allah mengampunkan dosa kita semua dan menjadikan kita golongan yang benar-benar mengikut syariat-Nya, Amin. 

Akhukum fillah, 

Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan 
15 Februari bersamaan 18 Jamadil Awal 1438
Diposkan oleh MR ATTA di 5:34 PM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Label: Islam, ISU SEMASA

Saturday, February 11, 2017

Apa yang ada pada diri kita sekadar pinjaman sementara

salamunalaik'
suka untuk Mister SORAGERO untuk sharing intisari khutbah jumaat yang lalu. Alhamdulillah diberikan kesempatan oleh Allah SWT untuk menunaikan solat jumaat di Masjid Tgk Chik Di Lamyong Banda Aceh.


SURAH AL-BAQARAH AYAT 284
لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأرْضِ وَإِنْ تُبْدُوا مَا فِي أَنْفُسِكُمْ أَوْ تُخْفُوهُ يُحَاسِبْكُمْ بِهِ اللَّهُ فَيَغْفِرُ لِمَنْ يَشَاءُ وَيُعَذِّبُ مَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

"Kepunyaan Allah-lah segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu menyembunyikannya, niscaya Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatanmu itu. Maka Allah mengampuni siapa yang dikehendaki-Nya dan menyiksa siapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu."

Instisari khutbah oleh khatib adalah berdasarkan petikan ayat dari surah Al baqarah diatas. Sesungguhnya kita manusia adalah manusi yang lemah dan tidak berdaya.Segala apa yang ada pada diri kita merupakan milik Allah SWT yang dipinjamkan kepada kita sementara dan bakal diambil kembali pada masa dan ketika yang kita tidak ketahui. Seharusnya kita hendakalah bersyukur dan menjauhkan sifat2 haram bagi diri kita. Jangan sesekali bangga dengan apa yang kita ada tetapi lahirkan lah kesyukuran didalam hati atas rezeki yang Allah SWT berikan.Setiap apa yang berada dalam benak hati kita, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Walaupun terkadang kita melakukan maksiat, namun kita dapat menyembunyikan dari para manusia, tetapi ingatlah bahasa Allah mengetahui setiap apa yang kita ketahui.

Akhirnya,semoga apa yang kita lakukan memdapat keberkatan dariNya.Jangan sesekali merasakan putus asa dalam mencari redhaNya, kerana yang pasti Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya. Semoga kita tergolong orang beriman.

Wassalamualaikum
#PesananUntukDiriSendiri
Diposkan oleh MR ATTA di 6:41 AM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Label: Intisari Khutbah Jumaat, Islam

PDF Ebook Tafsir Ibnu Katsi, Tafsir Rujukan Terbaru Lengkap 8 Jilid (Juz 1 - 30)



Ibnu Katsir menulis tafsir Qur'an yang terkenal yang bernama Tafsir Ibnu Katsir. Hingga kini, tafsir Alquran al-Karim sebanyak 8 jilid ini masih menjadi bahan rujukan sampai sekarang dalam dunia Islam. Di samping itu, ia juga menulis buku Fada'il Alquran(Keutamaan Alquran), berisi ringkasan sejarah Alquran.Ibnu Katsir memiliki metode sendiri dalam bidang ini, yakni:
  • Tafsir yang paling benar adalah tafsir Alquran dengan Alquran sendiri.
  • Selanjutnya bila penafsiran Alquran dengan Alquran tidak didapatkan, maka Alquran harus ditafsirkan dengan hadits Nabi Muhammad, sebab menurut Alquran sendiri Nabi Muhammad memang diperintahkan untuk menerangkan isi Alquran.
  • Jika yang kedua tidak didapatkan, maka Alquran harus ditafsirkan oleh pendapat para sahabat karena merekalah orang yang paling mengetahui konteks sosial turunnya Alquran.
  • Jika yang ketiga juga tidak didapatkan, maka pendapat dari para tabiin dapat diambil.

  1. Tafsir Ibnu Katsir Jilid 1 (Al-Fatihah - Al-Baqarah) Tafsir Ibnu Katsir Jilid 1 (Juz 1 - 3)
  2. Tafsir Ibnu Katsir Jilid 2 (Ali-Imran - An-Nisaa) Tafsir Ibnu Katsir Jilid 2 (Juz 3 - 6)
  3. Tafsir Ibnu Katsir Jilid 3 (Al-Maidah - Al-A'raaf) Tafsir Ibnu Katsir Jilid 3 (Juz 6 - 9)
  4. Tafsir Ibnu Katsir Jilid 4 (Al-Anfaal - Ibrahim) Tafsir Ibnu Katsir Jilid 4 (Juz 9 - 13)
  5. Tafsir Ibnu Katsir Jilid 5 (Al-Hijr - Al-Mu'minuun) Tafsir Ibnu Katsir Jilid 5 (Juz 14 - 18)
  6. Tafsir Ibnu Katsir Jilid 6 (An-Nuur - Yaasiin) Tafsir Ibnu Katsir Jilid 6 (Juz 18 - 23)
  7. Tafsir Ibnu Katsir Jilid 7 (Ash-Shaaffaat - Ar-Rahmaan) Tafsir Ibnu Katsir Jilid 7 (Juz 23 - 27)
  8. Tafsir Ibnu Katsir Jilid 8 (Al-Waaqi'ah - An-Naas) Tafsir Ibnu Katsir Jilid 8 (Juz 27 - 30)


**CREDITS: http://www.tafsirqu.com/2015/06/pdf-ebook-tafsir-ibnu-katsir-tafsir.html
Diposkan oleh MR ATTA di 12:06 AM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Label: Buku, Download, TAFSIR

Thursday, February 9, 2017

Naruto Shippuden EP-493 - Shikamaru's Story 5 "Dawn"

Assalam, bagi peminat Naruto Shippuden pasti ada yang belum menonton episod terbaru.Ini saya kongsikan link Naruto Shippuden EP-493 - Shikamaru's Story 5 "Dawn"
https://www.facebook.com/tarmimiemazlan/posts/10202919079695915

Episod 492 https://www.facebook.com/tarmimiemazlan/posts/10202891233519778

Episod 491
https://www.facebook.com/tarmimiemazlan/posts/10202864974183311

Episod 490
https://www.facebook.com/tarmimiemazlan/posts/10202827371963279

Selamat Menonton Shinobi😁✌🏻

Diposkan oleh MR ATTA di 3:30 PM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Label: Naruto Shippuden

Lindsay Lohan akui tenang baca al-Quran

 Foto yang dimuat naik Lohan ketika ditemu bual Shoain Rashid.

PELAKON Lindsay Lohan tampil bercakap mengenai Islam dalam satu temu bual oleh sebuah rancangan popular di Kuwait Swar Shoib baru-baru ini.
Menurut pelakon Mean Girls itu, dia tidak berniat untuk mencari publisiti ketika dirakam memengang al-Quran tahun lalu di New York.
"Saya hanya memengang buku agama, namun masyarakat Amerika tidak menyukakannya. Mereka menilai saya kerana itu dan berkata perkara-perkara tidak baik. Al-Quran satu ketenangan dan satu perkara selamat yang saya ada," katanya kepada pengacara rancangan itu Shoain Rashid.
Dalam temubual itu juga, Lohan menjelaskan bagaimana dia pernah solat dan berpuasa pada bulan Ramadan.
"Saya berpuasa selama tiga hari dengan rakan saya dari Kuwait, ia adalah sukar tetapi menyeronokkan," ujarnya
Pelakon itu juga berkata, dia turut membaca 15 muka surat terjemahan al-Quran dan turut berlatih menulis beberapa ayat dalam bahasa Arab juga.
"Saya juga mendengar bacaan al-Quran di telefon bimbit saya. Saya mempunyai aplikasinya," tambahnya
Ketika ditanya Rashid mengenai perasaan ketika membaca al-Quran, Lohan berkata, dia berasa tenang.
Bagaimanapun, Lohan tidak mengesahkan mahupun menafikan sama ada dia memeluk Islam.

SUMBER:SINAR HARIAN (http://www.sinarharian.com.my/hiburan/lindsay-lohan-akui-tenang-baca-al-quran-1.625645)


Diposkan oleh MR ATTA di 2:11 PM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Label: BERITA

Tuesday, September 10, 2013

JAGA MATA JAGA TELINGA DAN JAGA MULUT

Assalamualaikum Warahmatullahhi wa Barakatuh buat sahabat-sahabat semua
Semoga segala urusan dan pekerjaan kita dipermudahkan (^__^)


Jaga mata, jaga telinga dan jaga mulut begitulah tajuk yang ingin dikongsikan pada hari ini.

Mata merupakan anugerah Allah yang dipinjamkan kepada kita.Pastinya tanpa pancaindera ini kita akan merasakan kekurangan dan kemungkingan menyukarkan segala pekerjaan kita. Namun,dalam islam mata mempunyai limatasinya yang tersendiri.Islam melarang kita melihat perkara-perkara yang diharamkan contohnya aurat orang lain, cerita lucah dsbnya.Jadi gunalah mata yang Allah berikan sebaiknya.

Dalam hal ini Allah SWT berfirman yang bermaksud,
 “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan (menundukkan) pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.” Firman Allah lagi, “Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan (menundukkan) pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya….”
 (Surah An-Nur, ayat 30-31)

Teliga dan mulut saling berkaitan. Apa yang dituturkan oleh mulut pastinya akan didengar oleh mulut.Kita sebagai pemilik mulut hendaklah menuturkan perkara-perkara yang baik dan berguna yang pastinya tidak menyebabkan penyakit hati kepada orang lain.Sebaiknya kita berfikir semasak-masaknya sebelum menuturkan apa yang difikirkan.Telinga harusla digunakan untuk mendengarkan perkara baik juga seperti ceramah, mp3 al-quran dan banyak lagi.


Allah berfirman :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَقُولُوا قَوْلًا سَدِيدًايُصْلِحْ لَكُمْ أَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَمَن يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيمًا 

“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu sekalian kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar, niscaya Allah memperbaiki amalan-amalanmu dan mengampuni dosa-dosamu. Barangsiapa mentaati Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar” [Al-Ahzab : 70-71]
SEMOGA APA YANG DIKONGSIKAN BERMANFAAT UNTUK SAYA DAN SEMUA..
WASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH

Mohamad Tarmimie Mazlan


Diposkan oleh AT-TARMIMIEY AS-SARAWAKIEY di 4:39 PM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Label: MUHASABAH

Sunday, September 8, 2013

JANGGUT part 2




Kajian Di Sebalik Sunnah Memelihara Janggut
      Satu kajian yang dijalankan terhadap janggut menemui satu lagi bukti saintifik mengenai sunnah Nabi Muhammad saw dalam memelihara janggut, ini menunjukkan bahawa wahyu Allah yang diturunkan keatas Nabi Muhammad saw mendahului penemuan saintifik sejak lebih 1400 tahun yang lalu.



Rahsia Di Sebalik Janggut Suami Pada Isteri

      Dr Jamnul Azhar Mulkan, seorang doktor perubatan, pemilik rangkaian klinik juga seorang pendakwah, dalam satu ceramah, mendedahkan hasil kajian yang sangat luar biasa mengenai khasiat janggut.

     Menurutnya, kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat yang berjudul The Amazing Fact of Human Body mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita.

Dalam kata yang lain, janggut lelaki juga boleh meningkatkan tahap kegalakan pasangannya.

Bagaimana Caranya?


Hanya melalui sentuhan. Jadi kepada sesiapa yang belum mempunyai anak kerana mengalami masalah kesuburan, mintalah suami anda menyimpan janggut, dan belailah selalu janggut suami anda.

Kata Dr Jamnul Azhar, kajian itu beberapa kali diulang tayang oleh National Geographic.

Ini sekali gus menjadi bukti apa yang disarankan oleh Islam sejak zaman silam, boleh dibuktikan secara saintifik akan hikmah dan kelebihannya.

Firman Allah Ta’ala yang bermaksud:

“(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.” (Surah A-li’Imraan 3:191)

Wallahu’alam….

creditshusnu hadi ahmad
Diposkan oleh AT-TARMIMIEY AS-SARAWAKIEY di 9:38 PM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Label: TIPS TERBAIK

JANGGUT

ensem tak? ada janggut?

Wah! cam best tajuk ni kan..^^ Kali ini CH share mengenai lelaki la pulak, asyik mengenai wanita jer kan.. Ok,apakah kelebihan lelaki mempunyai janggut? Huhu wanita semestinya la tidak akan mempunyai janggutkan.. Hanya lelaki sahaja mempunyai janggut.. Ini kira special la muslimin sebab ada janggut, lain dari muslimat yang tidak mempunyai janggut..  

Emm nak tau apa kelebihan dan kebaikan sekiranya lelaki mempunyai janggut.. ahh apa tu? ^^

1.       Menampakkan kelakian
2.       Lebih hensem dan berkarisma
3.       Penampilan lebih soleh
4.       Membezakan lelaki sejati dengan lelaki tidak sejati
5.       Lebih diminati wanita
6.       Mempunyai manfaat kesihatan
7.       Mencontohi fizikal tokoh-tokoh pemimpin dahulu


Mungkin betul apa yang tertulis kat atas ni..  Tapi CH tahu,ayat yang paling lelaki suka kat atas ni ialah ^^ “Lebih diminati wanita”.. betul tak? Huhu betul tidak dinafikan lelaki mempunyai janggut ni sangat2 HENSEM.. sebab apa? Sebab janggut buat lelaki lagi terserlah kelakiannya,walaupun rupa tak rupawan tak ensem langsung tapi bila ada janggut nampak la ensem dan lagi satu nampak soleh sangat.. ni kosong jer, pakai tudung terus jadi pempuan hee..

Tapi.. di sini yang CH nak bagitau bukan nak suruh lelaki mempunyai janggut supaya lagi hensem atau lagi nampak soleh dengan janggut tu tetapi adalah mengenai NIAT untuk memelihara janggut.. jika niat untuk memelihara janggut kerana fesyen, kerana mahu jadi nampak lebih jantan, atau mahu diminati wanita2 atau sebagainya itu adalah SALAH.. rugi jer memelihara janggut, tapi tak de pahala pun kerana niat bukan kerana SUNNAH.. Utamakan niat untuk memelihara janggut adalah kerana ingin mengamalkan SUNNAH yang ditinggalkan Rasulullah SAW bukan kerana fesyen atau sebagainya..memelihara janggut ni kan antara sunnah Rasulullah SAW.

Antara hadis Rasulullah SAW berkaitan janggut:

“TIPISKANLAH MISAI KAMU DAN PELIHARALAH JANGGUT KAMU.” (HADIS RIWAYAT BUKHARI)


“JANGANLAH KAMU MENYERUPAI ORANG MUSYIRIKIN DAN PELIHARALAH JANGGUT KAMU.” (HADIS RIWAYAT BUKHARI DAN MUSLIM)


“JANGANLAH KAMU MENIRU (MENYERUPAI) ORANG MAJUSI (PENYEMBAH BERHALA) KERANA MEREKA ITU MEMOTONG (MENCUKUR) JANGGUT MEREKA DAN MEMANJANGKAN (MEMELIHARA) MISAI (KUMIS) MEREKA.” (HADIS RIWAYAT MUSLIM)


Hadis ni menunjukkan bahawa bukan sahaja Rasulullah SAW menyuruh kaum lelaki agar berjanggut, tetapi melarang daripada menyerupai orang kafir iaitu dengan memelihara misai dan mencukur janggut mereka. Jadi penting menyimpan janggut supaya kita tidak menyerupai orang kafir. Lagi penting niatkan memelihara janggut kerana sunnah Rasulullah SAW nescaya sahabat2 akan melihat kelebihan dan merasai kebaikan berjanggut.

Jom memelihara janggut.. ^^ huhu macam CH ada janggut la pulak.. ok la, moga bermanfaat, Wasalam sayang..

babyanneayu

p/s: sumber dari majalah At-Taqwa..
Diposkan oleh AT-TARMIMIEY AS-SARAWAKIEY di 8:59 PM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Label: TIPS TERBAIK

FAREWELL @ Sinar Serapi Eco Resort

  Assalamualaikum WBT buat semua :)

   "Rauyah Haji Marzuki.....seorang insan yang menjadi guruku dalam bidang penyiaran.Segala apa permasalahan atau kekurangan ilmu pada diriku pasti ku tanya pada dirinya.Dia turut tidak lokek untuk berkongsi ilmu malah memberikan aku pendedahan lebih mendalam tentang bidang penyiaran ini"

      Pada 28 Ogos 2013 kami telah mengadakan sebuah majlis yang simple n nice bertempat di Sinar Serpi Eco Resort bagi mengenang jasa dan usaha yang telah beliau taburkan kepada kami terutamannya di Seksyen TV RTM Kuching.Beliau akan berpindah ke Angkasapuri Kuala Lumpur.Majlis yang sangat indah dan pastinya disemat di hati kami yang menghadiri majlis pada malam itu..

SELAMAT BERJAYA BUAT RAUYAH HAJI MARZUKI DI ANGKASAPURI KL


sebelum bermulanya majlis itu sempat juga mengambil beberapa keping foto bagi mengabadikan pengalaman disitu..lihatlah foto dibawah..






sekian...wassalam :)
Diposkan oleh AT-TARMIMIEY AS-SARAWAKIEY di 8:44 PM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Label: MY WORK

30 hari sebagai seorang Penolong Penerbit

      Tanggal 29 Ogos yang lalu maka genaplah 30 hari saya berkhidmat sebagai seorang Penolong Penerbit di Seksyen TV RTM Kuching. Rezki yang datang ketika bulan Ramadhan ini sangat bermakna bagi diriku,maka 20 Ramadhan saya memulakan tugas disana.

     Berbekalkan pengalaman menjalani Latihan Industri sebelum ini di RTM Kuching, ianya agak memudahkan ku untuk melayari bahtera sebagai seorang Penolong Penerbit. Mungkin sebelum ini saya melihat menjadi seorang AP ini tidaklah susah namun, sebenarnya AP merupakan backbond untuk penerbit dan sebuah program.

     Pelbagai program yang perlu dikendalikan sekarang antaranya Dokumentari "Kota Smarahan Terus Gemilang",Sarawak Aktif, Wai Aktif dan Evolusi Interakti(EVO-i).Setiap program ini mempunyai perbezaannya yang tersendiri dan pastinya ianya suatu proses pembelajaran yang panjang.

     
MENGIMBAU MEMORI:
 Jadi 'floor manager' untuk MALAM MEDIA ISLAM
Diposkan oleh AT-TARMIMIEY AS-SARAWAKIEY di 8:27 PM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Label: MY WORK

Friday, April 13, 2012

KUCHING...meow..meow.....

Bahagian Kuching merupakan salah satu bahagian di negeri Sarawak. Pusatnya ialah bandar Kuching, ibu negeri Sarawak. Penduduknya terdiri daripada pelbagai kaum seperti Cina, Melayu, Bidayuh, Iban, Melanau, Orang Ulu dan lain-lain. Terdapat banyak tempat pelancongan yang menarik, dan ramai pelancong dari seluruh dunia yang melawat Kuching pada setiap tahun.

Secara amnya, Kuching merupakan bandar keempat terbesar di Malaysia . Jumlah penduduk bandaraya Kuching setakat tahun 2009 dianggarkan sekitar 794 517 orang.

Kuching telah diisytiharkan sebagai bandaraya pada 1 Ogos 1988. Namun keluasan bandaraya Kuching amat besar. Ia dibahagikan kepada dua kawasan iaitu Kuching Utara yang ditadbir oleh Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) manakala Kuching Selatan yang ditadbir oleh Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS). Kuching adalah satu-satunya bandaraya di Malaysia yang memiliki dua Datuk Bandar yang mentadbir kedua-dua kawasan ini

Sejarah

Kuching mula dibuka pada awal kurun ke-17. Sebelum itu, Kuching merupakan sebuah wilayah ufti bagi kerajaan Majapahit yang ditadbir oleh Temagi di Temasik. Nama asal bagi Kuching ialah Sarawak, seperti yang diceritakan melalui beberapa versi, perkataan Sarawak itu bererti serah kepada awak, yang mengikut hikayatnya semasa Awang Alak Betatarmendapatkan wilayah ini ia terbahagi kepada 5 bahagian ufti yang menganjur dari Lidah Tanah sehingga ke wilayah Kalaka sekarang. Konsep serah yang diamalkan oleh kerajaan Hujung Tanah di Temasik itulah yang memberi nama baru kepada wilayah 5 serangkai itu tadi menjadi Sarawak. Versi lain ialah apabila Pengiran Muda Hashim dari Brunei menyerahkan wilayah-wilayah yang lima itu tadi kepada James Brooke yang melekatkan nama wilayah-wilayah itu menjadi Sarawak. Ada pula versi menyatakan bahawa perkataan Kuching berasal daripada pokok buah mata kucing yang tumbuh melata di Bukit Mata Kucing (Lokasi sekarang Taman Permata/Kereta dan Wisma Hasil) dimana terdapat sebatang sungai kecil mengalir (Sungai Kuching) ke sungai Sarawak. Kini, sungai tersebut telah mengecil dan tertimbus akibat arus pembangunan yang berlaku dari semasa ke semasa.

Akibat daripada pengaruh Islam yang berkembang pada kurun ke-15 dan 16 di wilayah-wilayah Majapahit, Kuching mula menerima pengaruh Islam yang disampaikan sendiri oleh beberapa pendakwah dari negara rantau Teluk yang singgah bersama-sama pedagang-pedagang Arab. Penduduk asal Kuching ialah masyarakat Bidayuh ataupun lebih dikenali sebagai masyarakat Dayak Darat dan Orang-orang Saribas yang mendiami dan mengawal kawasan-kawasan lembah di sekitar Sungai Sarawak dan Sadong di Samarahan serta masyarakatMelayu yang menjadi patron kepada dua masyarakat itu tadi.

Perkembangan yang berlaku pada abad ke-19 megubah wajah Kuching yang mengambil alih peranan Lidah Tanah sebgai pusat pentadbiran. Kuching diperintah secara langsung oleh wakil Sultan Brunei sebelum kedatangan Brooke.

Kawasan-kawasan dalam Kuching

Kuching Utara
  • Petra Jaya
  • Satok
  • Pusat Bandaraya Kuching (Barat)
  • Matang
  • Batu Kawa
  • Pending
  • Demak
  • Gita
  • Bandar Baru Depo
  • bandar Baru Samariang
Kuching Selatan
  • Pusat Bandaraya Kuching (Timur) 
  • Padungan 
  • Pending 
  • Stampin 
  • Tabuan Height 
  • Kenyalang Park 


PEMANDANGAN BANDARAYA KUCHING 




















Diposkan oleh AT-TARMIMIEY AS-SARAWAKIEY di 8:28 AM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Label: TANAH TUMPAH DARAHKU

SARAWAK BUMI KENYALANG



Sejarah Sarawak

Asal nama sebenar Sarawak tidak dapat dibuktikan secara saintifik dan mutlak. Bagaimanapun menurut beberapa pendapat nama Sarawak asal seperti berikut:-

Nama Sarawak berasal daripada nama Sungai Sarawak . Sungai Sarawak meliputi kawasan yang digelar sebagai "Sarawak Prosper" menganjur dari Pedalaman Kuching di Bau sehingga ke Samarahan.

Nama Sungai Sarawak adalah diambil dari nama sejenis galian batu bijih iaitu "serawak" yang mengandungi belerang dan antimoni (Rujuk Kamus Dewan edisi 3). Ini bertepatan sekali dengan sejarahnya iaitu semasa Sarawak di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei, wilayah Sarawak ketika itu kaya dengan antimoni.
Sejarah purba

Sarawak ialah salah satu negeri di Asia Tenggara yang diduduki oleh manusia. Ia berlaku kira-kira 40000 tahun dahulu. Penemuan arkeologi seperti tulang manusia, tembikar, dan bekas perkuburan membuktikan bahawa manusia telah mendiami Sarawak sejak sebelum Masihi lagi Kurun-10 hingga kurun 19

Sarawak dikatakan berada di bawah kekuasaan kerajaan Srivijaya pada kurun-10 hingga kurun-13. Penguasaan kerajaan Srivijaya ke atas wilayah pesisiran Sarawak telah membolehkan orang-orang Melayu dari Sumatera berhijrah dan menetap di kawasan pesisiran Sarawak. Orang Melayu telah membuka penempatan mereka di Santubong yang merupakan antara pelabuhan entrepot terpenting di Nusantara. Ini telah dibuktikan dengan dengan penemuan bahan artifak seperti pasu zaman dinasti Han Cina di Santubong.

Setelah kejatuhan kerajaan Srivijaya pada kurun-13, Sarawak dikuasai oleh kerajaan Majapahit.Seorang putera Raja Majapahit iaitu Raden Menteri Dipati Jepang atau Datu Merpati Jepang telah berhijrah ke Sarawak pada kurun ke-15. Baginda telah berkahwin dengan Datu Permaisuri anak perempuan Raja Jarom Jawa di Johor sebelum berhijrah ke Sarawak. Daripada keturunan Datu Merpati Jepang, muncullah golongan bangsawan Melayu Sarawak yang bergelar Abang.

Merujuk kepada kitab Sejarah Melayu dan manuskrip sejarah yang terdapat di Brunei, bahawa setelah Kerajaan Sriwijaya dan Kerajaan Melayu di pesisir timur Pulau Sumatera runtuh, maka kemudian dilanjutkan dengan berdirinya Kerajaan Johor (Johor Lama) di Pulau Temasik pada akhir abad ke-13 M (tahun 1200-an) yang wilayah kekuasaannya kemudian meliputi wilayah Sungai Sarawak. Seiring dengan itu, Kerajaan Majapahit di Pulau Jawa berdiri dan berkembang dalam abad ke-14 M (tahun 1300-an) dimana kemudian Kerajaan Majapahit ini menundukkan Kerajaan Johor di Pulau Temasek ini termasuk wilayah Sungai Sarawak itu. Ketika Kerajaan Majapahit melemah pada pertengahan abad ke-14 M itu, maka Kerajaan Johor berhasil melepaskan diri dari kekuasaan Kerajaan Majapahit. Selanjutnya masih menurut manuscript sejarah yang terdapat di Brunei, bahwa pada sekitar tahun 1370 M, Raja Brunei yaitu Awang Alak Betetar di-Islam-kan oleh Sultan Johor saat itu dan menikahnya Awang Alak Betatar dengan anak Sultan Johor itu sehingga Awang Alak Betatar pun berganti gelar menjadi Sultan Muhammad Shah dilanjutkan dalam manuscript itu bahwa dengan pernikahan ini maka wilayah Sungai Sarawak kemudian diserahkan oleh Sultan Johor kepada Awang Alak Betatar (Sultan Muhammad Shah) untuk selanjutnya menjadi wilayah pentadbiran Kerajaan Brunei. Maka sejak saat itu wilayah Kerajaan Brunei membentang dari wilayah Sarawak di ujung timur hingga wilayah Sabah di ujung barat.

Selanjutnya berdasarkan manuskrip sejarah yang terdapat di Brunei dan juga yang terdapat di Sambas disebutkan bahwa pada sekitar tahun 1625 M, menyusul persaingan antara Sultan Abdul Jalilul Akbar (Sultan Brunei ke-10) dengan Adindanya yaitu Pangeran Muda Tengah maka untuk menghindari perseteruan maka Sultan Abdul Jalilul Akbar membuat kebijaksanaan untuk memberikan wilayah Sarawak kepada Adindanya yaitu Pangeran Muda Tengah itu agar Pangeran Muda Tengah dapat menjadi Raja di wilayah Sarawak itu. Maka kemudian pada sekitar tahun 1627 M, Pangeran Muda Tengah dan pengikutnya kemudian mendirikan Kerajaan di wilayah Sarawak dengan Pangeran Muda Tengah menjadi Sultan pertama Sarawak dengan gelar Sultan Ibrahim Ali Omar Shah dan kemudian lebih popular dengan sebutan Sultan Tengah atau Raja Tengah. Diyakini bahwa Istana Sultan Tengah ini adalah disekitar Kota Kuching sekarang (ada yang menyebutkan di sekitar Sungai Bedil) sehingga dapat dikatakan bahwa Sultan Ibrahim Ali Omar Shah (Sultan Tengah) inilah orang yang pertama membuka Kota Kuching ini. Sultan Tengah atau Raja Tengah ini kemudian pada sekitar tahun 1629 (disebutkan setelah sekitar 2 tahun memerintah di Sarawak), dalam pelayaran dari Johor ke Sarawak, kapalnya telah dihantam badai dan terdampar di Kesultanan Sukadana (sebuah Kerajaan di bagian tengah dari pesisir barat Pulau Borneo ini). Di Sukadana ini, Sultan Tengah kemudian menikah dengan Adinda Sultan Sukadana dan memperoleh 5 orang anak. Dari Sukadana Sultan Tengah dan keluarganya kemudian berhijrah ke wilayah Sungai Sambas. Keturunan dari Sultan Tengah inilah yang kemudian menjadi Sultan-Sultan Sambas dan keturunannya hingga saat ini dimana Sultan Sambas yang pertama yaitu Sultan Muhammad Shafiuddin (Sulaiman) adalah anak Sultan Tengah dari hasil pernikahannya dengan Adik Sultan Sukadana.

Kemudian pada sekitar tahun 1655 M ketika dalam perjalanan pulang dari Sambas ke Sarawak, Sultan Tengah terbunuh di daerah Batu Buaya dan dimakamkan di Santubong (makam Sultan Tengah telah dibina dengan megah dan dapat ditemui hingga sekarang di lereng Gunung Santubong, disebelah kiri jalan dari Kuching ke Pantai Damai). Setelah kewafatan Sultan Tengah ini, Kerajaan Sarawak tidak diserahkan kepada anak-anak Sultan Tengah tetapi diambil alih kembali oleh Sultan Brunei sehingga wilayah Sarawak itu kembali menjadi wilayah pentadbiran Kesultanan Brunei. Sehingga dengan demikian Sultan Ibrahim Ali Omar Shah (Sultan Tengah) merupakan Sultan Sarawak pertama dan sekaligus juga merupakan Sultan Sarawak terakhir yang berarti pula merupakan satu-satunya Sultan Sarawak yang pernah wujud.

Sebelum terdampar ke Sukadana (ketika berkunjung dari Sarawak ke Johor, Sultan Tengah telah mengangkat beberapa orangnya yang diberinya gelar Datu Petinggi dan Datu Temenggung untuk mengendalikan pemerintahan Kerajaan Sarawak sepeninggalnya ke Johor itu dan hingga kini gelaran-gelaran itu kemudian masih digunakan turun temurun hingga di masa James Brooke menguasai Sarawak dan gelaran-gelaran itu pun masih terkesan hingga saat ini di Sarawak dan keturunan dari 1000 orang Sakai yang dibawa oleh Sultan Tengah dari Brunei ke Sarawak ketika Baginda mendirikan Kerajaan Sarawak, hingga saat ini masih dikenal di Sarawak dengan sebutan keturunan hamba Raja Sarawak.

Tampaknya bahwa golongan yang bergelar Abang diatas, datang ke Sarawak setelah masa Sultan Tengah itu.

Golongan Melayu perabangan Sarawak telah memegang jawatan terpenting seperti Datu Patinggi, Datu Temenggong, Datu Bentara pada zaman pemerintahan Brooke di Sarawak.
Penglibatan Inggeris

Apa yang diketahui secara pasti, Sarawak terletak di bawah penguasaan Kesultanan Brunei pada awal abad ke-19.

Sarawak merupakan sebuah wilayah yang dikawal secara tidak rapi oleh Kesultanan Brunei pada awal abad ke-19. Kemudian pada 1839, James Brooke datang untuk menghantar surat pada Gabenor Sarawak, Rajah Muda Hasim. Beliau meminta bantuan James Brooke untuk membantu menenangkan keadaan Sarawak yang kacau bilau. Pejuangan Dayak menentang penjajah Brunei terbukti hebat manakala James Brooke yang mempunyai angkatan perang yang lengkap dan beberapa kali cuba menenangkan pejuang Dayak. Sebagai balasan, James Brooke dilantik menjadi gabenor Sarawak pada 24 September 1841, dan seterusnya Rajah pada 18 Ogos tahun berikutnya.

Pada asalnya, wilayah ini cuma merupakan hujung barat Sarawak yang kemudian, yakni kawasan di sekitar Kuching. Sewaktu kematiannya pada 1868, anak saudara Charles Anthoni Johnson Brooke menjadi Raja. Beliau pula diwaris oleh anakandanya, Charles Vyner Brooke.

Wilayah Brooke diperluaskan dengan pantas di bawah ketiga-tiga raja itu, kebanyakannya melalui penjejasan kawasan yang pada nama sahaja di bawah kawalan Brunei. Sebenarnya, Brunei cuma mengawal kubu-kubu sungai dan pantai di kebanyakan wilayah yang telah lenyap. Oleh sebab itu, kebanyakan keuntungan yang dicapai adalah melalui penjejasan pembesar Islam dan puak tempatan yang hilang kemerdekaan de factonya.

Dinasti Brooke memerintah Sarawak selama seratus tahun dan mencapai kemasyhuran sebagai “Raja Putih” ("White Rajahs"), dan diberi taraf yang serupa dengan raja-raja India dalam Empayar British.

Berbanding dengan banyak kawasan empayar yang lain, keluarga Brooke bermaksud pengamalan dasar paternalisme untuk melindungi penduduk tempatan daripada eksploitasi oleh empayar Brunei dan pendatang asing. Mereka memerintah dengan bantuan pemimpin tempatan dan menggaji pahlawan Dayak sebagai askarnya. Mereka juga menggalakkan imigrasi kelas perdagangan Cina.
Sejarah moden

Jepun menyerang Sarawak pada 1941 dan menguasainya sepanjang Perang Dunia Kedua. Pada masa kekalahan Jepun pada 1945, Sarawak ditadbir oleh British Borneo Civil Affairs Unit yang dikawal selia oleh tentera Australia. Ia kemudian diserahkan kepada kerajaan British.

Sarawak merdeka secara rasmi pada 22 Julai 1963, dan menyertai Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Singapura, dalam persekutuanMalaysia, yang dibentuk pada 16 September 1963, walaupun dibantah sebahagian penduduk pada mulanya.

Sarawak merupakan salah satu daripada punca utama Konfrontasi Indonesia-Malaysia antara 1962 dan 1966

PETA SARAWAK
Diposkan oleh AT-TARMIMIEY AS-SARAWAKIEY di 4:03 AM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Label: TANAH TUMPAH DARAHKU
Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

ABOUT AUTHOR

MR ATTA
View my complete profile

Total Pageviews

Blog Archive

  • ▼  2017 (5)
    • ▼  February (5)
      • BAYAN LINNAS SIRI KE-85: PENJELASAN TENTANG VALET DOA
      • Apa yang ada pada diri kita sekadar pinjaman semen...
      • PDF Ebook Tafsir Ibnu Katsi, Tafsir Rujukan Terbar...
      • Naruto Shippuden EP-493 - Shikamaru's Story 5 "Dawn"
      • Lindsay Lohan akui tenang baca al-Quran
  • ►  2013 (5)
    • ►  September (5)
  • ►  2012 (12)
    • ►  April (3)
    • ►  March (9)
  • ►  2010 (4)
    • ►  July (2)
    • ►  May (1)
    • ►  January (1)

CATEGORY

TIPS TERBAIK MUHASABAH AS-SARAWAKI IDEA'S AVIATION Islam MY WORK TANAH TUMPAH DARAHKU BERITA Buku CAMPUS LIFE Download HITAM PUTIH ISU SEMASA Intisari Khutbah Jumaat Naruto Shippuden TAFSIR UKHUWAH USRAH

BLOG-BLOG BEST

  • MALAYSIAKINI
  • MEDIA ISLAM BLOG
  • Dakwah
  • skyscrapercity

Followers

Feedjit

misterATTA. Awesome Inc. theme. Powered by Blogger.